RERAMBUT JAGUNG – SUMBER ASLI YG JARANG DIMANFAATKAN

  • Rerambut jagung (Stigma maydis) adalah bahan buangan dari penanaman jagung telah diamalkan semenjak dahulu sebagai sumber alternatif terhadap pelbagai penyakit.
  • Ia telah digunakan sebagai ubat tradisional oleh msyarakat China, Turki, Amerika Syarikat dan Perancis.
  • Rerambut jagung juga digunakan untuk membantu mencegah pembentukan batu karang, sebagai diuretik, gangguan prostat, kencing malam, jangkitan kencing dan masalah kegemukan.
  • Air rebusan rerambut jagung mempunyai bahan yang boleh membantu mengurangkan paras glukosa darah
  • Ianya bertindak dengan meningkatkan pengeluaran insulin, memulihkan sel- sel pankreas yang cedera dan mengawal paras gula.
  • Rerambut jagung juga digunakan dalam Perubatan Tradisional Cina untuk membantu pesakit buah pinggang
  • Bahan berkhasiat dalam rerambut jagung dikenali sebagai flavonoid, 3′-methoxymaysin dan terbitan maysin

Sila dapatkan nasihat Dr sebelum mencubanya

#DrSuriRoowi | Principal Scientist

Leave a Comment