KHASIAT HALBA

Halba boleh membantu mengatasi masalah diabetes dan menurunkan kolesterol.

Bahan berkhasiat utama dalam biji halba adalah 4-hidroksi-isoleusin, trigonellin dan diosgenin.

Biji halba juga mengandungi;
a. 20 – 30% protein
b. 45 – 60% karbohidrat (terutamanya galactomannan)
c. 5 – 10% lemak

Biji halba membantu menurunkan glukosa darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2 terutamanya dikalangan ‘mild type 2 diabetes’

Pengambilan halba pada kadar 5 g/sehari lebih menampakkan kesan yang nyata

Walaubagaimanapun jika dimakan bersama makanan berlemak contohnya yoghurt, ianya tidak boleh menurunkan kolesterol (LDL) dan trigliserida (TG) darah

Penggunaan halba dalam makanan seperti kari memberikan kesan yang tidak konsisten

Halba lebih memberikan kesan jika hanya dibancuh bersama air panas

Kajian juga menunjukkan halba juga boleh meningkatkan penghasilan susu ibu

Walau bagaimanapun, penggunaan halba perlu dielakkan dikalangan ibu-ibu mengandung kerana mungkin boleh mengakibatkan keguguran

Dapatkan nasihat Dr anda terlebih dahulu

Rujukan : Singletary, K. W. (2017). Nutrition Today. Vol. 52(2) 93-111

#DrSuriRoowi | Principal Scientist

Leave a Comment